Tuesday 5 June 2012

Tahniah Cik Naddy~!!! Tamat Killer Paper rini.

Assalamualaikum...

Hyep..rini baru je habis jawab exam, killer paper. T_T.Semalam tulis Managerial Accounting, sekali tengok kertas soalan, Management Accounting lar. Pagi-pagi lagi dah call mama, minta restu. Biasalah sebelum nak g exam kan. Lepas segala aduan diluahkan tentang kerisauan yang amat sangat. "Tak baca buku ker?" Oh mama, itu biasa kerana apa2 pun memang mama akan salahkanCik Naddy. Peringatan, kan dah diam tak tau nak jawab ape. 

Seperti yang semua sedia maklum, sesiapa yang menduduki bilik peperiksaan B03-1-BK02 akan ditukarkan ke Blok 9, PULAMI (Pusat Latihan Mengajar dan Industri) @ kampus baru. Tahu Blok 9, tapi tak yakin. Biasa pergi PULAMI urusan praktikum dekat Bangunan Canselori @ kampus lama. Kalau tersalah naik transport, memang naya. Jarak kampus baru dan kampus lama ibarat sepinggan nasi gorang panas + 2 cawan fresh oren. Kalau Cik Naddy ada motorsikal, its ok la. 

Simple tapi kenyang dan sedap. Jamuan blok E tempat Cik Naddy stay

Emm, dengan tenang dan confident, jumpalah kawan2 yang biasa jumpa dalam kelas. Sembang2 + baca2. Pelbagai cerita. Paling tak boleh nak terima bila ada yang kata ni paper last dia. Erggg~!!! it is unFAIR. Takwim holiday mula dulu. Sebelum exam semua pegang nota slide + buku tebal + nota sendiri warna warni dll. "Apalah yang dorang baca ni....

Nak tau tak apa jadi dalam dewan exam tadi? "Sila offkan talifon, jangan ada yang berjoget pula..." Ok, takde sape yang bangun dari tempat duduk. Exam bermula dengan lafaz "Bismillahirrohmanirrohim..." _____ Dan akhirnya... ada juga fon berbunyi.~!! Memang naya. yang pasti bukan myfon. Sukar dikesan nada deringnya, tapi bunyi satu bilik dengar. Sorang bangun,..bukan. Next bangun...bukan. Ok dah silent. Bunyi lagi?? xde sape bangun. Pengawas pun seperti mencari harta karun, nah dapat pun hanset tu. Hahahaha...kakak yang dok belakang sekali punyer. Xdengar la tu..

2 jam 30 minit, exam paper account memang tak rasa la. Kerana terlalu fokus nak men'settle'kan masalah2 yang dihadapi syarikat2 besar, Ok masa tamat. Fuhh~!!! Harap gorengan tadi bisa menambat selera pensyarahKu.=)

Next paper 13hb 6 2012.  9am @ kampus baru. Seperti yang Cik Naddy cakap, nak balik dan nak makan kepci~!! Sayonara...bye2~!!! 

JOM PULANG HOMETOWN

3pm from KAB---> KTM ---> KL Sentral ---> Taman Melati, umah (LRT) ---> KLCC ---> KFC~!!!!



Jumpa lagi @ next entry~!!!=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...